Salam muhibbah kawan2...
TAT NENAS BAKUL
Tat ni memegang ranking teratas dalam senarai order. Sebab dalam kebanyakan tat yang dijual di pasaran, tat ni berjaya memikat hati kawan2 sebab tat ni Melt In Your Mouth, macam ala2 iklan coklat M&M's...
Tepung yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti tinggi. Diuli dengan penuh kesabaran dan penuh kasih sayang lahir dari hati seorang ibu yang selama ini sangat banyak berhempas pulas mencari duit poket tambahan walaupun mempunyai masalah sakit jantung.
Sebenarnya saya sendiri yang bagi idea untuk memulakan promosi jualan tat ni. Sebab tahun lepas, ibu inilah yang membekalkan saya dengan biskut tat untuk Juadah Raya keluarga saya tahun lepas. Ramai jugak peminat tat ni bermula dari keluarga asal ibu ni termasuklah keluarga ibu saya sendiri. Sedar tak sedar, ibu ini jugalah yang menjadi ibu mertuaku sekarang :)
BISKUT SNOW ALMOND
BISKUT SNOW ALMOND
Rasanya NYUM NYUM nyamannya...... (macam iklan air tin Loh Hong Kar)
Dengan kacang badam yang dikisar, dimasukkan ke dalam adunan biskut dan seterusnya dicelup dalam krim cappucino dan akhir sekali ditabur pula dengan serbuk putih ala2 salji. Maka itulah rahsianya biskut ni mendapat nama Snow Almond... adik beradik tiri sebelah bapa angkat nenek Snow White! Eh, merepek lak :)
BISKUT SADDAM
Biskut ni rasanya manis dan cair juga di mulut. Kesukaan kanak2 kerana warnanya yang meriah serta rasanya yang ala2 Marshmallow yang manis bila dihisap sebelum ditelan.
BISKUT OAT
Biskut Oat ni pula dibuat dengan adunan tepung dicampur ditatahkan dengan biji gajus dan diadun dengan serat oat yang sangat terkenal dengan khasiat fiber untuk membantu meneutralkan kandungan pengambilan kolesterol dalam badan.
Dengan pengambilan biskut ini, secara tak langsung membantu kawan2 menjaga kesihatan sambil berhari raya kerana sudah pasti sangat banyak Juadah Raya yang tak di'kontrol' kandungan kolesterolnya dalam Kari Ayam dan Rendang Daging diambil pada pagi raya.
Sebab tu lah Biskut ni memegang ranking juga dalam buku ORDER biskut :)
Demi kawan2, biskut ni dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM22/- sahaja sebalang bagi semua jenis biskut. Kandungan biskut ada 50-60 biji mengikut kadar 'muat2 bekas'. Order terakhir adalah pada Sabtu, 5 September 2009 dan penghantaran SECARA PERCUMA untuk kawasan berdekatan Lembah Klang pada minggu terakhir puasa.
Tetapi untuk TAT NENAS, SARANG SEMUT, SEMPRIT dan MINI TIRAM tiada due date kalau nak order. Boleh juga diorder sepanjang tahun untuk perayaan seterusnya macam Deepavali, Raya Haji, Raya Cina dan sebagainya.
Kalau minat nak order/preview biskut ni, bolehlah hantar e-mail ke atie3009@gmail.com. Harga boleh dirunding if minat nak jadi ejen :)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan