Sabtu, 5 Disember 2009

tok tok tok...

da lame x update blog... tgh cari idea nk wat bisnes lg nih! tp bln 12 ni mcm2 lak cuti kn... ingt nk jual baju lak kot... tunggguuuu

Isnin, 5 Oktober 2009

alooo!!

testingg!!!!

Isnin, 14 September 2009

Pengumuman Raya...

Assalamua'laikum kawan2...
Ops... sebenarnya ni bukanlah pengumuman tarikh kita raya. Insyaallah kalau anak bulan keluar Sabtu ni, maka Ahad sama-samalah kita menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah semua biskut yang ditempah telah diedar minggu lepas. Tiba masa untuk Kek Lapis pula.

Aduhai kawan2...
Dah 3 hari bersengkang mata ni. Demi menyiapkan kek tempahan dan demi untuk tidak menghampakan sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, kek telah hampir siap dan menunggu masa untuk menemui anda semua. Insyaallah akan dihantar kepada semua pada hari Rabu ini dan selewat2nya Jumaat ini ok! Jangan risau, kek ni sempat untuk dihidang di atas meja untuk Juadah Hari Raya :)

Kawan2...
Sekiranya teringin untuk membuat tempahan tambahan, amat2 dialu2kan. Tetapi delivery lepas 27 Sept 2009 (Ahad) bersamaan 8 Syawal 1430H ye... Mungkin ada yang nak buat tempahan untuk Open House Raya ke, Majlis Kesyukuran ke, Doa Selamat ke... Ape2 je lah :) Sebarang pertanyaan, email terus ke atie3009@gmail.com....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Rabu, 9 September 2009

09.09.09

Hari ini dalam sejarah... 9 September 2009 atau short form 09.09.09....Bersamaan dengan 19 Ramadhan 1430H....

Alhamdulillah, ex-housemate saya masa belajar di UiTM Shah Alam dulu telah selamat melahirkan baby lelaki selepas Subuh pagi tadi. Untungnya dapat lahir tarikh yang bertuah ni kan... Sekali seumur hidup!

Buat sahabatku Yati @ Yat, tahniah atas kelahiran askar yang baru ni. Saya doakan kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat ye! Beruntung betul kawan saya sorang ni. Tarikh kahwin 07.07.07 dan dapat baby 09.09.09... macam planning je kan :)

Rabu, 2 September 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah... tempahan kek lapis dan tat nenas agak memberangsangkan. Terima kasih atas sokongan semua. Insyaallah kek dan biskut akan dihantar pada minggu terakhir kita berpuasa. Kalau nak tambah order lagi, kena inform awal2 k! Selamat menjalani ibadah puasa dengan tekun dan penuh keimanan :)

Khamis, 27 Ogos 2009

Biskut ni "sekejap ade, sekejap xde"... :)

Salam muhibbah kawan2...


Di kesempatan ini, nak tunjuk serba sedikit biskut-biskut yang dijual untuk Hari Raya tahun ni... Actually ada 13 choice yang boleh dipilih... Antaranya Biskut Snow Almond, Biskut Saddam, Tat Nenas Bakul, Biskut Oat, Biskut Semprit, Biskut Nestum, Mini Tiram, Biskut Sarang Semut, Kacang Atom, Biskut Bubble Rice, Biskut Diamond Toaste, Biskut Nestum dan Biskut Gajus. Tapi foto yang disertakan merupakan HOT ORDER di kalangan kawan... Ni nak habaq mai sikit!!

TAT NENAS BAKUL
Kenapa dipanggil Tat Nenas Bakul? Pasal kalo makan tat ni, memang selalu terasa macam nak puji diri sendiri... Macam pepatah Melayu, "masuk bakul angkat sendiri". Lagipun kebetulan sebenarnya tat ni nampak macam jem nanas taruk dalam bakul. Hehehe...
Tat ni memegang ranking teratas dalam senarai order. Sebab dalam kebanyakan tat yang dijual di pasaran, tat ni berjaya memikat hati kawan2 sebab tat ni Melt In Your Mouth, macam ala2 iklan coklat M&M's...
Tepung yang digunakan adalah dari jenis yang berkualiti tinggi. Diuli dengan penuh kesabaran dan penuh kasih sayang lahir dari hati seorang ibu yang selama ini sangat banyak berhempas pulas mencari duit poket tambahan walaupun mempunyai masalah sakit jantung.
Sebenarnya saya sendiri yang bagi idea untuk memulakan promosi jualan tat ni. Sebab tahun lepas, ibu inilah yang membekalkan saya dengan biskut tat untuk Juadah Raya keluarga saya tahun lepas. Ramai jugak peminat tat ni bermula dari keluarga asal ibu ni termasuklah keluarga ibu saya sendiri. Sedar tak sedar, ibu ini jugalah yang menjadi ibu mertuaku sekarang :)

BISKUT SNOW ALMOND
Biskut ni kalo tengok rupa dia, memang agak huduh sikit. Tapi rasanya memang sehingga menjilat jari... Macam pepatah orang putih pulak "Don't Judge The Book From It's Cover".
Rasanya NYUM NYUM nyamannya...... (macam iklan air tin Loh Hong Kar)
Dengan kacang badam yang dikisar, dimasukkan ke dalam adunan biskut dan seterusnya dicelup dalam krim cappucino dan akhir sekali ditabur pula dengan serbuk putih ala2 salji. Maka itulah rahsianya biskut ni mendapat nama Snow Almond... adik beradik tiri sebelah bapa angkat nenek Snow White! Eh, merepek lak :)

BISKUT SADDAM

Biskut ni berwarna pink-hijau berbentuk bulat macam guli disalut dengan gula halus dan dihidang di dalam bekas mini muffin. Namanya Biskut Saddam dan untuk pengetahuan semua, biskut ni tiada kaitan langsung dengan Saddam Hussein mahupun Tuan Sadiq Segaragar kerana rasanya mereka ni masuk dapur pun tak pernah, apatah lagi nak buat biskut.
Biskut ni rasanya manis dan cair juga di mulut. Kesukaan kanak2 kerana warnanya yang meriah serta rasanya yang ala2 Marshmallow yang manis bila dihisap sebelum ditelan.
BISKUT OAT
Biskut Oat ni pula dibuat dengan adunan tepung dicampur ditatahkan dengan biji gajus dan diadun dengan serat oat yang sangat terkenal dengan khasiat fiber untuk membantu meneutralkan kandungan pengambilan kolesterol dalam badan.
Dengan pengambilan biskut ini, secara tak langsung membantu kawan2 menjaga kesihatan sambil berhari raya kerana sudah pasti sangat banyak Juadah Raya yang tak di'kontrol' kandungan kolesterolnya dalam Kari Ayam dan Rendang Daging diambil pada pagi raya.
Sebab tu lah Biskut ni memegang ranking juga dalam buku ORDER biskut :)
Demi kawan2, biskut ni dijual dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM22/- sahaja sebalang bagi semua jenis biskut. Kandungan biskut ada 50-60 biji mengikut kadar 'muat2 bekas'. Order terakhir adalah pada Sabtu, 5 September 2009 dan penghantaran SECARA PERCUMA untuk kawasan berdekatan Lembah Klang pada minggu terakhir puasa.
Tetapi untuk TAT NENAS, SARANG SEMUT, SEMPRIT dan MINI TIRAM tiada due date kalau nak order. Boleh juga diorder sepanjang tahun untuk perayaan seterusnya macam Deepavali, Raya Haji, Raya Cina dan sebagainya.
Kalau minat nak order/preview biskut ni, bolehlah hantar e-mail ke atie3009@gmail.com. Harga boleh dirunding if minat nak jadi ejen :)
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...

Isnin, 24 Ogos 2009

Kek Lapis Cinta Manis


Kek ni adalah antara kek kegemaran saya dan keluarga setiap tahun... Dah lebih 5 tahun berturut-turut kek ni menghias meja di Hari Raya... Resipi Asli dari Sarawak buatan sendiri...

3 tahun berturut-turut, saya berjinak-jinak untuk mengambil tempahan setelah kek ni menjadi permintaan di kalangan kawan-kawan dan saudara. Tak kira untuk Hari Raya, hadiah untuk hantaran pertunangan, untuk Majlis Makan2 dan ada juga yang tempah untuk makan sendiri2...

Proses membuatnya mengambil masa yang agak lama; lebih 5 jam untuk menyiapkan sebiji kek. Tetapi dek kepuasan yang tidak dapat digambarkan, proses pembuatan kek telah menjadi amat mudah.

Demi untuk memenuhi hasrat kawan2, saya masih menerima tempahan kek untuk tahun ni. Untuk pertanyaan lanjut atau tempahan terus, sila e-mail ke atie3009@gmail.com.

Harga sebiji kek besar saiz 8''x8'' ~ 1.3kg = RM90/-
Harga sebiji kek kecil saiz 8"x4" ~ 0.6kg = RM50/-
***PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK SEKITAR LEMBAH KLANG, KL DAN PJ.






Rabu, 19 Ogos 2009

Tudung Elmeera

Nak bergaya dengan tudung ala-ala Datuk Siti? klik http://tudungelmeera.blogspot.com utk preview lanjut... :)

Isnin, 17 Ogos 2009

Bergaya dengan haruman di Aidilfitri...

Hai kawan2...

Mesti ramai yang dah pernah dengar nama One Drop Perfume @ Egyptian Potion yang artis kite ramai pakai tu... Antara yang hot adalah Fahrin Ahmad... Tak percaya? Rujuk Harian Metro, promosi kow2 punya :)

Ni bkn nk cite psl Fahrin Ahmad yg da sedia org kenal tuh... cuma nk update kengkawan sekalian! Hari Raya ni kalo nak bergaya dengan wangian yang super duper murah lagi berbaloi setanding dengan jenama minyak wangi terkenal dunia, boleh dipakai untuk sembahyang kerana dijamin tiada kandungan alkohol... Terdapat beberapa set pilihan yang boleh dipilih dari 3 kategori iaitu :

1- WOMEN Set dengan 5 set pilihan wangian
2- MEN Set dengan 3 set pilihan wangian
3- CELEBRITY Special dengan 2 set pilihan wangian

Harga dari serendah RM40 satu set (dalam kotak ada 8 wangian berbeza) dan untuk pembelian melebihi 5 set, boleh dapat diskaun... harga kengkawan boleh dirunding! Untuk pertanyaan atau nak order terus, boleh email ke atie3009@gmail.com

Selamat Menjalani Ibadah Puasa... :)

Juadah Hari Raya

Buat teman2...

Ramadhan menjelma dan Syawal pun hampir tiba... Bersempena hari mulia dan bulan mulia ini, kami menawarkan pelbagai pilihan biskut dan kek daripada citarasa tradisional hinggalah ke citarasa moden. Berwarna-warni penyeri meja juadah di Aidilfitri...

Senarai Biskut:

1- Biskut Semprit
2- Biskut Sarang Semut
3- Biskut Mini Tiram
4- Kacang Atom
5- Biskut Tart Nenas
6- Biskut Makmur
7- Biskut Sadam
8- Biskut Almond London
9- Biskut Almond Frost
dan pelbagai jenis lagi.....

Senarai Kek:

1- Kek Lapis Cinta Manis (perasa Milo dan Horlicks)
2- Kek Lapis Jem (perasa Jem Buahan)
3- Kek Lapis Sisik Ikan (perasa Masam Manis)
4- Kek Coklat ManTys
dan pelbagai jenis lagi.....

Harga ditawarkan amat berpatutan. Penghantaran PERCUMA di kawasan Lembah Klang dan penghantaran luar kawasan boleh dirunding... Boleh order terus atau pertanyaan melalui e-mail atie3009@gmail.com...

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak :)