Isnin, 14 September 2009

Pengumuman Raya...

Assalamua'laikum kawan2...
Ops... sebenarnya ni bukanlah pengumuman tarikh kita raya. Insyaallah kalau anak bulan keluar Sabtu ni, maka Ahad sama-samalah kita menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah semua biskut yang ditempah telah diedar minggu lepas. Tiba masa untuk Kek Lapis pula.

Aduhai kawan2...
Dah 3 hari bersengkang mata ni. Demi menyiapkan kek tempahan dan demi untuk tidak menghampakan sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, kek telah hampir siap dan menunggu masa untuk menemui anda semua. Insyaallah akan dihantar kepada semua pada hari Rabu ini dan selewat2nya Jumaat ini ok! Jangan risau, kek ni sempat untuk dihidang di atas meja untuk Juadah Hari Raya :)

Kawan2...
Sekiranya teringin untuk membuat tempahan tambahan, amat2 dialu2kan. Tetapi delivery lepas 27 Sept 2009 (Ahad) bersamaan 8 Syawal 1430H ye... Mungkin ada yang nak buat tempahan untuk Open House Raya ke, Majlis Kesyukuran ke, Doa Selamat ke... Ape2 je lah :) Sebarang pertanyaan, email terus ke atie3009@gmail.com....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Tiada ulasan: