Isnin, 14 September 2009

Pengumuman Raya...

Assalamua'laikum kawan2...
Ops... sebenarnya ni bukanlah pengumuman tarikh kita raya. Insyaallah kalau anak bulan keluar Sabtu ni, maka Ahad sama-samalah kita menyambut Aidilfitri. Alhamdulillah semua biskut yang ditempah telah diedar minggu lepas. Tiba masa untuk Kek Lapis pula.

Aduhai kawan2...
Dah 3 hari bersengkang mata ni. Demi menyiapkan kek tempahan dan demi untuk tidak menghampakan sahabat2 sekalian. Alhamdulillah, kek telah hampir siap dan menunggu masa untuk menemui anda semua. Insyaallah akan dihantar kepada semua pada hari Rabu ini dan selewat2nya Jumaat ini ok! Jangan risau, kek ni sempat untuk dihidang di atas meja untuk Juadah Hari Raya :)

Kawan2...
Sekiranya teringin untuk membuat tempahan tambahan, amat2 dialu2kan. Tetapi delivery lepas 27 Sept 2009 (Ahad) bersamaan 8 Syawal 1430H ye... Mungkin ada yang nak buat tempahan untuk Open House Raya ke, Majlis Kesyukuran ke, Doa Selamat ke... Ape2 je lah :) Sebarang pertanyaan, email terus ke atie3009@gmail.com....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin...

Rabu, 9 September 2009

09.09.09

Hari ini dalam sejarah... 9 September 2009 atau short form 09.09.09....Bersamaan dengan 19 Ramadhan 1430H....

Alhamdulillah, ex-housemate saya masa belajar di UiTM Shah Alam dulu telah selamat melahirkan baby lelaki selepas Subuh pagi tadi. Untungnya dapat lahir tarikh yang bertuah ni kan... Sekali seumur hidup!

Buat sahabatku Yati @ Yat, tahniah atas kelahiran askar yang baru ni. Saya doakan kedua-dua ibu dan anak sihat walafiat ye! Beruntung betul kawan saya sorang ni. Tarikh kahwin 07.07.07 dan dapat baby 09.09.09... macam planning je kan :)

Rabu, 2 September 2009

Alhamdulillah

Alhamdulillah... tempahan kek lapis dan tat nenas agak memberangsangkan. Terima kasih atas sokongan semua. Insyaallah kek dan biskut akan dihantar pada minggu terakhir kita berpuasa. Kalau nak tambah order lagi, kena inform awal2 k! Selamat menjalani ibadah puasa dengan tekun dan penuh keimanan :)